SEKOLAH TRANSFORMASI TS25


SEKOLAH TRANFORMASI

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
  5. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  6. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
OBJEKTIF

1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengaN mengutamakan kemenjadian murid.

MATLAMAT

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
2.  Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
3.  Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

HALATUJU SK SEKSYEN 19

· MELAHIRKAN MURID BERKETRAMPILAN DAN BERANI KE HADAPAN MENJELANG TAHUN 2018
· INSIEME  -  KEBERSAMAAN
· MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 19 YANG TERUNGGUL DI NEGERI SELANGOR MENJELANG 2025