Sekolah Kebangsaan Seksyen 19,Shah Alam dibina pada tahun 1986 meliputi kawasan seluas 10 ekar di lokasi Jalan Petani 19/1,berhadapan dengan bangunan CIAST dan berhampiran dengan stesen komuter.Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 adalah di bawah kawalan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Subang Jaya yang terletak di Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya, Subang Jaya. Koordinat sekolah ini adalah X : 101.526382 dan Y : 3.052503 .
Sekolah kebangsaan Seksyen 19,terletak di Seksyen 19,dikelilingi kawasan perumahan.Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat,digunakan keseluruhan bilik untuk pengajaran dan pembelajaran.Manakala tiga blok bangunan tambahan satu tingkat bangunan digunakan untuk bilik kemahiran hidup,bilik moral,kelas pemulihan ,stor pendidikan jasmani,bilik muzik dan bilik badan kebajikan murid.Satu bangunan telah dibaik pulih dan digunakan oleh PPD untuk meletak peralatan di dalam kawasan .Sekolah ini juga mempunyai satu bangunan Prasekolah,satu bangunan makmal komputer dan satu bangunan surau.Jadual penggunaan bangunan dan bilik yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19.
Pada peringkat awal,sekolah ini hanya mempunyai 450 orang murid dan 15 orang tenaga pengajar.Pada tahun 1993,terdapat lebih kurang 2500 murid dan 86 orang tenaga pengajar.Kini, Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 mempunyai lebih kurang 1500 murid, 100 orang guru , 15 orang kakitangan sokongan dan 11 orang pekerja swasta dan 4 orang pengawal keselamatan. Jadual di bawah menunjukkan bangunan yang terdapat di SK Seksyen 19.